Sejarah letusan Puyehue-Cordón Caulle

Letusan 1960

Pada 24 Mei 1960, 38 jam selepas gegaran utama gempa bumi Valdivia 1960, gempa bumi terkuat dalam sejarah bertulis, Cordón Caulle mula mengalami letusan rekahan riodasit. Gempa bumi tersebut melanda seluruh kawasan Chile di antara Talca (30°S) dan Chiloé (43°S) dengan anggaran magnitud momen sekuat 9.5. Terletak di antara dua lembah Andes yang ketika itu kurang penduduk dan terpencil, letusan gunung berapi ini tidak memiliki banyak saksi dan kurang mendapat perhatian daripada media tempatan akibat kerosakan dan kehilangan besar oleh gempa bumi.[7] Letusan ini disuap oleh rekahan 5.5 kilometer (3 mi) panjang dengan arah aliran barat laut-barat (N135°), 21 lohong individu ditemui di sepanjangnya. Lohong-lohong ini mengeluarkan output kira-kira 0.25km3 DRE dalam bentuk aliran lava dan tefra.

Letusan ini berakhir pada 22 Julai.[7]

Letusan 2011

Peningkatan kadar aktiviti di sini baru-baru ini menyebabkan amaran tahap 4 (tertinggi) dikeluarkan pada 3 Jun 2011.[8] Awal keesokan harinya, letusan bermula dengan awan debu mencapai ketinggian 10,000 meter (32,810 ka).[2]

Sekitar 3,500 penduduk dipindahkan dari kawasan sekitar,[9] sementara awan debu sampai ke bandar Bariloche di Argentina, memaksa penutupan lapangan terbang tempatan.[10] Selain itu Lapangan Terbang Neuquén serta dua lapangan terbang di Buenos Aires juga terpaksa ditutup buat sementara.[11][12]

Pada 9 Jun awan debu tiba pula ke Uruguay, memaksa beberapa penerbangan dibatalkan.[13]

Rujukan

WikiPedia: Puyehue-Cordón Caulle http://www.lanacion.cl/volcan-puyehue-gobierno-eva... http://www2.sernageomin.cl/ovdas/ovdas7/informativ... http://www2.sernageomin.cl/ovdas/ovdas7/informativ... http://news.blogs.cnn.com/2011/06/09/puyehues-volc... http://www.emol.com/noticias/internacional/detalle... http://www.ibtimes.com/articles/160305/20110609/ch... http://www.mdzol.com/mdz/nota/300745-bariloche-ent... http://web.archive.org/web/20110627090939/http://w... http://web.archive.org/web/20110723230518/http://w...